Tayangan Filem

28 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 November 2019 (Rabu), telah berlangsung tayangan filem “Boboiboy The Movie 2” selama 2 jam bermula jam 2.30 petang – 4.30 petang di bilik latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak dan dihadiri seramai 11 orang pengunjung.

Aktiviti santai ini adalah bertujuan untuk mengisi masa lapang adik-adik yang berkunjung ke pusat internet sempena musim cuti sekolah yang baru bermula dan juga dapat mengelakkan mereka daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali